UntungNiaga Pro Lifetime
Berkuat kuasa 14 Julai 2026 · Versi 1.0
1. Pembelian
Pro dijual sebagai lesen perisian sekali bayar melalui Stripe. Harga, cukai dan mata wang akhir dipaparkan sebelum pembayaran disahkan.
2. Skop lesen
Lesen diberikan kepada pembeli untuk kegunaan perniagaan sendiri pada sehingga dua peranti Windows. Kod lesen tidak boleh dijual semula, dikongsi secara awam atau digunakan untuk memintas kawalan lesen.
3. Offline dan pengesahan
Data operasi kekal lokal. Aplikasi menghubungi backend lesen untuk aktivasi dan semakan berkala. Token sah membolehkan ciri Pro digunakan offline sehingga 30 hari.
4. Refund dan pertikaian
Permintaan refund dinilai mengikut undang-undang pengguna yang terpakai dan keadaan pembelian. Refund atau chargeback yang berjaya membatalkan lesen Pro pada semakan seterusnya.
5. Data dan backup
Pembeli bertanggungjawab membuat backup. Lesen Pro tidak merangkumi hosting, sync cloud atau pemulihan database perniagaan yang hilang.
6. Sokongan
Hubungi hello@baloot.my untuk isu pembayaran, aktivasi atau reset peranti. Jangan lampirkan database pelanggan.